Sesungguhnya enti adalah satu kurniaan dari ALLAH kepada diri ana,seseorang yang ALLAH anugerahkan kepada ana ketika ana mencari sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan redha dan cinta ALLAH.
Pertamanya maafkan diri ini jika ada sepanjang perkenalan kita salah dan silap yang sengaja atau tidak,agar kita saling melengkapi.Kita sama-sama ingin menjadi lebih baik agar kita boleh memberi sesuatu yang lebih baik dari hari ke hari sepanjang detik kehidupan kita.Ambillah apa yang baik yang engkau dapati dari diriku dan pelajarilah untuk menjauhi kejelikan perbuatan dan akhlakku.
Wahai sahabat,aku menghadiahkanmu dua benda yang harus kita perhalusi signifikannya.
Ku hadiahkanmu minyak wangi agar dapat kau gunakan ketika bertemu kekasih hati kita,ALLAH S.W.T. gunakanlah ketika engkau ingin solat,membaca qur’an,bertemu akhawat, dan bersama ibu bapa dan keluarga.gunakanlah ia agar aku jua mendapat saham daripada kebaikanmu.bersama-samalah kita membiasakandiri kita dengan dua perkara iaitu kebersihan dan kecantikan.

Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan buatmu sahabatku,aku mencari jawapan atas beberapa hajatku yang masih belum aku dapatkan/dimakbulkan.Aku berfikir dan terus berfikir mengapa ALLAH masih belum mengabulkan permintaanku? Dalam perjalanan untuk mencari jawapan,ALLAH memberiku petunjuk bahawa kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang kita hajatkan kerana ALLAH mahu kita terus dan terus memberi,agar dengan pemberian itu ALLAH akan membalas kita dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang pernah kita hajatkan.فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين جزاء بما كانوا يعملون.(32:17)
Saudaraku yang dicintai ALLAH,
No comments:
Post a Comment