Sunday, October 17, 2010

pemuda itu…


Apabila disebut pemuda Islam yang bersemangat,maka akan terfikir satu sosok tubuh yang tegap yang tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat.Itulah sikap pemuda Islam.Mahu sentiasa bersemangat dan mahu rasa bersungguh dalam usahanya,mahu segala amalannya diterima Allah.Mahu hidupnya dibawah lembayung rahmat Allah.Itulah pemuda Islam yang mahu menumpahkan segala hidupnya untuk dakwah Islamiyah.sentiasa meletakkan Allah ditempat utama.Apa jua ujian akan ditempuhi dengan tabah walau disiksa dan dicela,tapi dirinya tidak pernah mengeluh,dirinya terus tegak tidak mengalah.Baginya ujian itu ada kerana Allah mahu dirinya terus berada dalam jalan ini.ujian itu Allah beri kerana Allah sayang padanya.Semangat yang ada dalam dirinya disalurkan dengat keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.

Tapi pemuda Islam yang loyo adalah pemuda yang rugi.Dia tidak sedar bahawa dirinya diciptakan untuk merasai umur muda ini agar dapat memberi menfaat pada Islam. Pemuda yang loyo hanya terus mahu merasa hidup dunia ini adalah segalanya. Baginya apa sahaja yang dunia aturkan diambilnya,digenggam bahkan mengatakan inilah destinasi hidupku.Aku belajar agar aku dapat melawan segala kesusahan dunia ini dan aku dapat menikmati apa yang diberi Allah di dunia ini.Ibadat hanya sekadar amalan zahir,tidak meresap dalam hati.maksiat yang dunia hidangkan diambil dan dihirup tanpa rasa berdosa.

Pemuda Islam yang separa semangat dan separa loyo.mereka ini kadang mengerti hidup dunia ini untuk akhirat,tapi dalam masa yang sama mahu mengaut keuntungan dunia.Apa yang disediakan dunia diambil.Namun apabila bersama mereka yang bersemangat,mereka juga bersemangat,apabila bersama mereka yang loyo,loyolah mereka.Amalan dibuat kerana merasakan bahawa inilah tanggungjawab sebagai hamba,tapi jika diberi pilihan antar dunia dan ibadat,hal dunia masih didahulukan.Aduh sangat susah untuk melarikan dari dunia ini.

Lebih-lebih lagi dengan nikmat dunia yang semakin hari semakin menarik.Walau kita tahu dunia semakin tua,tapi ia semakin cantik dan mengkhayalkan..

Bagaimana aku mahu menjadi mereka yang bersemangat?bagaimana aku mahu menjadi pemuda yang benar-benar mempunyai tujuan hidup.Yang belajar benar-benar kerana Allah?Mahu memberi kontribusi pada Agama,aduh!!!!…

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada ma’ruf.mencegah daripada perkara mungkar dan beriman kepada allah..(2:110)