Wednesday, March 31, 2010

perpisahan

PERPISAHAN

Berpisah dalam dunia

Berpisah dengan dunia

Keduanya tampak memeritkan

Berpisah dalam dunia

Berpisah ibu dan anak

Berpisah seorang sahabat dengan sahabatnya

Berpisah guru dengan muridnya

Berpisah..

Tapi hanya kerana

Mencari ruang

Mencari peluang

Mencari erti hidup

Untuk meneruskan lagi kehidupan di dunia ini

Perpisahan dengan dunia

Berpisah dari segalanya

Dari manusia

Dari nikmat hidup

Dari ujian hidup

Dari segalanya

Mungkin indah

Mungkin menyakitkan

Bergantung kepada iman dan amal

Pilihan di tangan kita

Semua kita akan melaluinya

Berpisah dalam dunia

Atau dengan dunia

Kerana..

Hidup ini hanya tempat persinggahan

Singgah untuk mendapat bekal

Kemudian terus berjalan menyusuri denai-denai Kehidupan

Sebelum sampai ke satu tempat yang sudah tiada lagi perpisahan..

setiap yang bernyawa pasti akan merasainya..

Monday, March 29, 2010

“DIAM”

Diam orang mukmin itu ibadah
Ibadah tanpa perbuatan
Ibadah rasa
Ibadah tidak meletihkan
Kadang-kadang ia lebih baik dari ibadah sunat
Yang hatinya dalam kelalaian
Macam mana orang mukmin itu diamnya ibadah?
Diamnya
Kadang-kadang memikirkan dosanya
Kadang-kadang memikirkan apa yang nak dibuat
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan
Kadang-kadang dia terasa kebesaran tuhan
Atau meniatkan dia itu diam
Kadang –kadang diamnya itu
Kerana
Kalau dia bercakap takut dia melakukan dosa
Mengumpat,takut menyakitkan hati orang lain
Atau dia diam itu
Menghormati percakapan orang lain
Mungkin orang itu bercakap yang baik
Maka dia mendapat pengajaran
Atau dia diam nak mengenal
Orang yang bercakap itu baik atau jahat
Dia biarkan saja orang itu bercakap
Dan mendengar sahaja
Kerana nak mengenal orang itu
Kadang memikirkan dosa yang lalu
Akibat kecuian dan kelalaian
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang menjengah

Itulah yang dikatakan
Diam-diam ubi berisi
Atau
Diam-diam tong kosong
Atau
Diam-diam tong berisi sampah?

Tuesday, March 23, 2010


Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menyertaimu”
-ustaz rahmat abdullah-