Friday, May 27, 2011

CEBISAN KENANGAN

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga
Meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
Namun cebisan kenangan kita
Sentiasa bermain di bayangan mata
Detik waktu yg berlalu
Menjadi memori kau dan aku
 Sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
Tanpa mengenal erti penat jemu
Ingatkah kau lagi
Kita bersama memijak onak duri
Ditanah gersang mengutip semangat suci
Kini segalanya tersurat dalam sanubari

Bersabarlah dengan ketentuan-Nya
Ada rahmat yang tersembunyi
Bertemu berpisah kerana Allah
Lumrah kehidupan insan beriman
Moga saat nan indah
Ku harap berulang lagi 
p/s:Hari ini teringat pada semua akhawat dan sahabat-sahabat  yang telah berpisah.Semua sibuk dengan urusan kehidupan yang perlu diteruskan.Walau dimanapun antunna berada semoga semuanya masih berada dalam lindungan Rahmat dan kasih sayang ALLAH.
SEMOGA KITA MENJADI BENIH TUMBUH YANG SUBUR WALAU DIMANAPUN KITA DICAMPAKKAN=)

Friday, May 20, 2011

surat seorang sahabat



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam sayang buat saudaraku yang dicintai kerana ALLAH S.W.T. Selawat dan salam kita ucapkan buat perintis perjuangan umat akhir zaman,Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan para sahabat.
Sesungguhnya enti adalah satu kurniaan dari ALLAH kepada diri ana,seseorang yang ALLAH anugerahkan kepada ana ketika ana mencari sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan redha dan cinta ALLAH.
Pertamanya maafkan diri ini jika ada sepanjang perkenalan kita salah dan silap yang sengaja atau tidak,agar kita saling melengkapi.Kita sama-sama ingin menjadi lebih baik agar kita boleh memberi sesuatu yang lebih baik dari hari ke hari sepanjang detik kehidupan kita.Ambillah apa yang baik yang engkau dapati dari diriku dan pelajarilah untuk menjauhi kejelikan perbuatan dan akhlakku.
Wahai sahabat,aku menghadiahkanmu dua benda yang harus kita perhalusi signifikannya.
Ku hadiahkanmu minyak wangi agar dapat kau gunakan ketika bertemu kekasih hati kita,ALLAH S.W.T. gunakanlah ketika engkau ingin solat,membaca qur’an,bertemu akhawat, dan bersama ibu bapa dan keluarga.gunakanlah ia agar aku jua mendapat saham daripada kebaikanmu.bersama-samalah kita membiasakandiri kita dengan dua perkara iaitu kebersihan dan kecantikan.
Aku juga menghadiahkanmu pemetik api,agar engkau memetiknya dan meletakkan jarimu keatasnya selama yang kamu mampu,jika kamu tidak dapat menahan kepanasan,maka ia mungkin dapat menjadikan kita takut untuk berbuat dosa dan berlengah dalam berbuat kebaikan. Ada sesuatu yang ingin aku kongsikan buatmu sahabatku,aku mencari jawapan atas beberapa hajatku yang masih belum aku dapatkan/dimakbulkan.Aku berfikir dan terus berfikir mengapa ALLAH masih belum mengabulkan permintaanku? Dalam perjalanan untuk mencari jawapan,ALLAH memberiku petunjuk bahawa kadang-kadang kita tidak mendapat apa yang kita hajatkan kerana ALLAH mahu kita terus dan terus memberi,agar dengan pemberian itu ALLAH akan membalas kita dengan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang pernah kita hajatkan.
فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة أعين جزاء بما كانوا يعملون.(32:17)

Saudaraku yang dicintai ALLAH,

NUR AKIDAH JAHAYA.