Saturday, April 10, 2010

aku dan tarbiyah

Aku dan tarbiyah

Aku..

Terkapai mencari pedoman

Mencari jati diri

Mencari makna hidup

Aku..

Terleka dengan nikmat

Terlalai dengan minat

Telupa pada tuan punya nikmat dan minat

Aku..

Mahu mencari perubahan

Mahu menjadi yang lebih baik

Mahu kembali pada agama

aku..

kosong hati

kering ilmu

kontang pengalaman

aku

segalanya ku rasa dhoif

tapi..

alhamdulilah

ALLAH sayang padaku

ALLAH beriku satu nikmat

ALLAH beriku hidayah

Dengan Tarbiyah

Tarbiyah diri

Tarbiyah islamiyah

Membawa aku kenal diri

Menyebabkan aku tahu tujuan

Menyedarkan aku tugas besar yang menanti

Tarbiyah

Mengenalkan aku pada sirah nabi

Mengenalkan aku pada semangat para sahabat

Mengenalkan aku pada pengorbanan para dai terdahulu

Maka aku

Perlu,mesti,wajib

Mengambil iktibar,mengambil semangat.meneruskan semua ini

Kerana aku,..kita adalah

“nahnu dua’t qobla kulli syai’I”