Thursday, December 16, 2010

nasihat untuk terus bangkit dalam tarbiyah

NASIHAT DAN TERUS BANGKIT DALAM TARBIYAH

Hari demi hari,masa terus berlalu

Membawa diri yang adakalanya masih terumbang ambing

Antara diam dan bergerak

Diam dan senyap tidak mencari peluang

Bergerak apabila ditanya dan diberi peluang

Semua inilah yang masih melingkariku dalam dunia dakwah dan tarbiyah

Tarbiyah masih tidak melebur,dakwah masih tidak bersungguh

Ibadah masih belum khusyuk.

Niat mahu berubah itu ada

Tapi diri masih mahu melayan nafsu

Tidak mahu keluar dari zon selesa

Tidak mahu berkorban

Tidak mahu mengerti

Sampai bila???

Sampai bila mahu begini??

kafilah dakwah terus berjalan

tidak kira kita berada bersamanya atau tidak

beruntunglah mereka yang masih di dalamnya

merugilah mereka yang tercicir

mahu rugi atau untung??

Tanya pada diri

Jika mahu untung

Cari kuncinya pembukanya

Kunci kebaikan dan sukses

Kata abu hudzaifah:

Ada 3 hal yang jika ketiganya ada dalam dirimu nescaya akan turun kebaikan dari langit dan kamu pasti mendapat bahagianya:

1-hendaklah amalanmu kerana ALLAH

2-sukailah doa yang menjadi milik orang lain seperti kamu suka kan doa itu untuk dirimu

3-jagalah kehalalan makananmu

Kuncinya lagi

Sedikit bicara

Kurangi omelan

Banyak bekerja dan beramal

Kurangi angan

Realitikan impian

Tadabur,tafakur dan renungi setiap yang berlaku

Jika mahu merugi

Ambillah jalan sekarang

Tidak mahu bertindak

Tidak mahu berkorban

Tidak mahu belajar

Tidak mahu mendengar nasihat orang

Tidak mahu mencuba,takut

Tidak mahu meninggalkan maksiat

Hingga akhirnya menjadi orang yang menyesal

Seperti kata ibnu muqaffa:

golongan yang bakal menyesal:

1-orang yang hilang kesempatan beramal

2-orang yang terputus dari saudara saat tertimpa musibah

3-orang yang berhasil menangkap musuh tapi lterlepas kerana lemah menjaganya

4-orang yang meninggalkan isteri solehah kerana diuji dengan wanita yang buruk

5-orang yang terus berbuat masiat hingga ajal datang menjemput

Aduh ya ALLAH

Hambamu ini masih lalai

Masih banyak bermain

Masih rasa jauh dari ibadah yang betul betul khusyuk

Masih tidak pandai bertafakur

Masih tidak mampu melawan nafsu

Masih banyak terlena

Masih lemah ilmunya

Ya ALLAH

Aku mohon padamu ya ALLAH

Aku mahu terus berada dalam kafilah dakwah ini

Aku mahu menjadi seorang dai

Aku mahu menjadi seorang yang bermanfaat pada agama

Pada masyarakat islam

Aku mahu menjadi mujahidah

Aku mahu menjadi anak yang solehah

Aku mahu menjadi kakak yang baik

Aku mahu menjadi sahabat yang solehah

Aku mahu menjadi hamba yang diredhaimu

Ya ALLAH

Dengarlah rintihan hatiku ini

Aku lemah,aku dhoif aku zalim pada diriku sendiri

Ya ALLAH

hanya engkaulah tempat aku bergantung harap

HANYA ENGKAU YA ALLAH

AMPUNI AKU YA ALLAH

BERILAH AKU KEKUATAN YA ALLAH