Wednesday, November 21, 2012

Oh Qur'an...


     assalamualaikum
     salam minni...


alhamdulillah hari ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk meng update blog ini.
terima kasih ALLAH,saya  sayang ALLAH

bayangkan bila nak menulis di sini, dalam otak ni seolah-olah berkata-kata :
"aku nak keluar dulu". 
"aku dulu lah"..
 hoho..apa yang nak keluar tu?
 Segala benda yang selama ini terperap dalam otak. Tak pernah nak kongsi dengan orang. Fikir seorang diri.
jadi bila jari memetik papan kunci ini, idea-idea ini seolah olah bersimpang siur mencari jalan keluar.
 "sabar ya,kita akan cuba mengeluarkan semuanya dengan sebaik mungkin.."

hari ini,nak share satu perkara-

“kisah Seorang sahabat Ahnaf Bin Qais punya kebiasaan menarik, sebelum membaca Al-Qur’an, selalu terlebih dahulu ia membaca surat Al Anbiya ayat 10,

‘sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu. Maka apakah kamu tiada memahaminya?' 

lalu ia mulai membaca Al-Qur’an dan menemukan dirinya”.

        Selama ini,apabila kita  membaca Qur'an,kita membacanya kerana kita tahu ia adalah kitab suci kita. Kita membacanya sebab ini kitab  ALLAH. Tapi kita tak dapat nak memahami sepenuhnya bacaan itu. Waktu membaca Qur'an itulah kita diuji untuk mengingati perkara yang lain. Waktu itulah idea assigment datang, kunci bilik dijumpai,teringat kenangan lama, teringat itu teringat ini.

           Sehingga sampai satu tahap kita malas nak membaca quran,malas sebab dah tak rasa zu', hatta malas dah nak membelek quran. Sebabnya kita tak pernah nak memahami quran itu sendiri.Walhal selalu diberi peringatan untuk mentadabur ayat -ayatnya. Tapi kenapa masih rasa kurang nak membacanya?
hu..hu.. satu ujian yang mesti diatasi dengan kuat sebabnya kita meletakkan iltizam untuk menghafal quran dengan sebaiknya dan melahirkan zuriat penghafaz quran. 
Yang lagi besar,kita nak quran ini nanti jadi pemberi syafaat pada kita di akhirat nanti,jadi saksi bahawa kita pernah membacanya dulu dan beramal dengannya.
Bila dapat tahu kisah sahabat ini,satu tamparan pada kita untuk bersungguh-sungguh membacanya,bersungguh-sungguh memahaminya.bersungguh-sungguh mengamalkanya. sebabnya 
disitulah terdapat kemulian diri kita.
disitulah terdapat kisah yang mengkagumkan kita
disitulah terdapat suruhan dan larangan yang mesti kita laksanakan
disitulah ALLAH menceriakan kita bila kita sedih
disitulah ALLAH berikan peringatan bila kita lalai
disitulah ALLAH beri kita cara untuk kita hidup dengan baik
disitulah ALLAH tunjukkan kita siapa DIA pada kita
disitulah kita tahu siapa kita
Ya ALLAH,istiqomahkan kita membaca, memahami ,mentadaburi dan mengamalkan isi Qu'ran ini.




Tuesday, July 10, 2012

salam minni again

assalamualaikum
salam ceria
salam ukhuwah
salam ramadhan

hu..hu.. hampir setahun lebih membiarkan dia bersawang,lansung tak mempedulikannya
sampaikan namanya pun dah ku lupa..afwan yer..

insya ALLAH, moga diberi kekuatan untuk menjenguk,melakar di sini..

salam minni=)

Thursday, October 13, 2011

satu buku sebelum mati~~

Kembali selepas beberapa bulan tidak membuka blog ni.Sebetulnya aku masih belum menikmati rasa istiqomah untuk menulis dalam blog ini. Kak Syera telah menawarkan sesuatu yang istimewa dalam email,beliau ambil dari cafe Serumpun baru-baru ini.Tawarannya menarik dan rasa terinspirasi:

satu buku sebelum mati,boleh?!!!

aku akan cuba ambil tawaran ini,Insya ALLAH.

Makanya,aku kena menggigit dengan kuat  untuk mengunyah tawaran ini,agar aku dapat menikmatinya dengan lazat..




Tuesday, July 19, 2011

surah Al-Maa'rij (2)

Sambungan..



Bahagian kedua:manusia dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan(19-35)
Setelah ALLAH menceritakan pemandangan hari kiamat dan segala azabnya,dilukiskan pula hakikat jiwa manusia dalam menyikapi kesusahan dan kebaikan yang dihadapinya dan di mana tempat kembali orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
3 ayat pendek yang menggambarkan sifat manusia dengan tepat.Manusia itu bersifat keluh kesah lagi kikir.Mereka mengira bahawa kesusahan itu bersifat kekal dan tiada yang dapat menghalangnya.Mereka juga mengira bahawa masa yang akan datang juga adalah kesusahan bagi mereka,hingga menyebabkan mereka dimakan oleh kesedihan dan dirobek oleh keluh kesah kerana tidak menggantungkan segala harapannya kepada ALLAH.
Manakala sifat kikir datang apabila mereka mendapat kesenangan.Mereka mengira kesenangan dan kebaikan itu datang dari hasil usaha dan jerit perih mereka sendiri.Itulah yang menyebabkan mereka menjadi tawanan kepada kekayaannya, hati mereka terputus hubungan dengan ALLAH dan kosong dari campur tangan ALLAH.INILAH GAMBARAN BAGI JIWA YANG KOSONG DARI IMAN.Hati mereka mudah goyah, terumbang ambing dan sentiasa rasa takut dan terancam.
Adapun apabila hati disemarakkan dengan iman,maka hati akan tenang dan sihat.Sentiasa tenteram terhadap kekuasaanNYA,merasa rahmatNYA,dan mampu menghadapi ujian yang diberikan kepadanya.ALLAH menggambarkan sifat orang mukmin yang dikecualikan dari dua sifat tadi.Iaitu :
1-Mereka yang mengerjakan solat dan tetap mengerjakan solat.Solat yang dimaksudkan di sini adalah solat yang tidak pernah ditinggalkan,dan bererti mereka yang terus menerus berhubungan dengan ALLAH.
2-Mereka yang menyediakan bahagian tertentu dari hartanya untuk orang lain.Yang dimaksudkan disini adalah zakat dan sedekah.Mereka merasakan dalam harta mereka ada hak orang-orang miskin.Inilah kewajipan mereka yang mampu terhadap mereka yang tidak mampu.Inilah satu kurnia ALLAH pada satu sisi dan unsur perikemanusiaan pada satu sisi lain.
3-Orang yang mepercayai hari pembalasan.Mereka ini akan beramal dengan pertimbangan dan perhitungan akhirat bukan perhitungan dunia.Mereka menerima segala peristiwa baik dan buruk di dunia ini sebagai pendahuluan yang kelak akan diperolehi di akhirat.
4-Mereka yang takut pada azab ALLAH.Ini adalah tingkatan kepercayaan kepada hari pembalasan.Iaitu rasa takut yang menggetarkan,penuh kewaspadaan dan kesedaran dan merasai kekurangan dirinya disisi ALLAH walaupun mereka ini paling banyak melakukan ibadah kepadaNYA. Ia takut sekiranya hati mereka berpaling dan mereka layak menerima azab.Dalam satu hadis rasulullah,Rasulullah menyatakan bahawa seseorang itu tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana amalnya,tapi kerana rahmat ALLAH.
5-Mereka yang memelihara kemaluannya kecuali kepada isterinya dan budaknya.inilah Satu gambaran islam menghendaki umat yang suci,bersih dan indah.masyarakat yang tahu keturunannya,kelahirannya tidak memalukan,.
6-Orang yang memelihara amanah dan janji.amanah ini adalah amanah yang diterima secara sukarela,inilah juga standart islam kepada umatnya supaya umat islam ini ditegakan diatas akhlak yang baik dan kepercayaan.
7-Orang yang memelihara solatnya.menunaikan solat pada waktunya,sesuai dengan fardhunya,memenuhi sunnahnya.
Mereka inilah yang akan mendapat balasan syurga dan dumuliakan di sana nanti.
Bahagian ketiga:gangguan kafir Mekah kepada Rasulullah s.a.w(ayat 36-41)


Diceritakan disini tentang pemandangan dakwah rasulullah di mekah.Di mana orang-orang kafir Quraisy begegas berkumpul menuju kepada Rasulullah ketika baginda sedang membaca alqur’an.ALLAH mengambarkan buruk kebergegasan mereka kerana mereka tiada keinginan untuk mendapat petunjuk.Kemudian mereka akan berkumpul sesama mereka untuk menyangkal apa yang mereka dengar.Mereka mengira mereka bahawa mereka agung disisi ALLAH dan akan masuk kesyurga ALLAH,padahal sekali-kali tidak malahan mereka dihantar ke neraka yang apinya menyala-nyala.ALLAH juga menghina mereka dengan mengungkapkan asal kejadian mereka dari air mani.Selanjutnya ALAH bersumpah BAHAWA Dia berkuasa menggantikan kaum itu dengan kaum yang lebih baik lagi yang tidak lemah dan tidak dapat dikalahkan.

Bahagian keempat:Mereka menghadapi risiko atas perbuatan mereka.(ayat 42-44)
Akhirnya ALLAH menggambarkan keadaan mereka diakhirat kelak.ALLAH menyatakan kepada Rasulullah agar membiarkan mereka menghadapi keadaan hari kiamat dan azab itu.Ayat ini menimbulkan rasa takut dan gerun mereka kepada ancaman yang dijanjikan kepada mereka.Mereka digambarkan keluar dari kubur dan bergegas menuju kepada berhala sembahan mereka sebagaimana keadaaan mereka didunia dahulu.Tetapi kali ini keadaan jauh berbeza.Dari raut wajah mereka jelas bagi kita satu gambaran keadaan manusia yang menderita dan hina.ITULAH HARI YANG DAHULUNYA DIANCAM KEPADA MEREKA,YANG MEREKA SELALU SANGSI DAN MEREKA MINTA DISEGERAKAKNYA.
Wallahua’lam.

Wednesday, July 13, 2011

surah Al-Maarij



Hari ini nak berkongsi satu ilmu,iaitu tadabur surah Al-Ma'arij.Ini adalah tugasan halaqah minggu ini,tadabur ini dikupas dari kitab tafsir fi zilalil qur'an.

Surah ini surah ke 70,juz 29,surah makkiyah,ada 44 ayat.

Hakikat pokok surah ini adalah:
1-hakikat akhirat dengan segala pembalasan yang ada di sana.
2-hakikat jiwa manusiapada waktu menghadapi kesusahan dan kesenangan(beza jiwa yang beriman dan yang kosong dari iman)
3-ciri-ciri jiwa yang beriman serta manhaj dalam berperilaku dan merasa.
4-kehinaan orang kafir dalam pandangan Allah
5-penghinaan yang diancam oleh ALLAH kepada mereka yang sombong.
6-perbezaan norma,nilai ukuran yang dibuat oleh ALLAH dan manusia.

Bahagian pertama surah: kondisi alam dan manusia ketika terjadinya kiamat serta penderitaan bagi orang yang banyak berbuat dosa.(1-18)
Surah ini menceritakan bahawa ada orang yang bertanya dan minta didatangkan azab,bahkan minta disegerakan.Padahal permintaan mereka itu adalah satu kesia-siaan kerana ia pasti terjadi dan tidak seorang pun yang akan dapat menegah kedatangan azab itu.Azab ini datangnya dari ALLAH yang mempunyai tempat naik.satu ungkapan yang menggambarkan ketinggian ALLAH.Malaikat Jibril dan para malaikat lain naik menghadap ALLAH dengan kadar 50000 tahun.Dan diisyaratkan di sini,waktu itu adalah hari kiamat.Satu pendapat mengatakan sehari yang kadarnya adalah 50000 tahun itu adalah tempoh hari kiamat.Wallua'lam.Mungkin juga ianya kadar tertentu bagi hitungan manusia.Akan tetapi,di sini ALLAH menyebut tentang hakikat DIA memandang waktu itu sangat dekat,walaupun manusia menganggapnya jauh.Sehari=50000 tahun.Jadinya ALLAH menyuruh rasulullah s.a.w bersabar dengan kesabaran yang baik di dalam menghadapi permintaan mereka yang tidak masuk akal itu.
Inilah juga seruan ALLAH kepada para dai'e agamaNYA supaya teguh dan redha,merasakan adanya hikmah disebalik setiap ujian,sentiasa bertaqarrub kepadaNYA dan mengharap pahala dari ALLAH atas segala yang berlaku.Pemilik dakwah ini adalah ALLAH dan segala yang berurusan dengan dakwah ini adalah dari ALLAH.maka apabila orang-orang yang tidak mengetahui menuntut supaya disegerakan kedatangan janjiNYA,SABARLAH dan YAKINLAH pada janji ALLAH.
Kemudian dilukiskan tentang gambaran hari kiamat dan azab yang berlaku pada hari itu.Pemandangan yang sarat dengan gambaran yang membingungkan,menakutkan,mengejutkan.
Pada hari itu,langit menjadi seperti luluhan minyak(mungkin seperti lava panas) dan gunung-ganang seperti bulu yang berterbangan.Manusia pada hari itu berada dalam kesedihan yang luar biasa,hingga tidak ada masa hendak memerhatikan orang lain.Suasana itu telah memutuskan semua hubungan, padahal mereka saling melihat keadaan mereka.seolah-olah mereka sengaja bersikap begitu.Ketakutan yang mereka hadapi membuatkan mereka merasakan seandainya dapat ditebus azab ini dengan orang lain walaupun dengan orang yang disayangi.Padahal ketika kehidupan di dunia dahulu,mereka sanggup mengorbankan diri untuk mereka yang disayangi.
Ketika para pendosa berhadapan dengan azab hari kiamat ini,mereka mendengar pula seruan pemutus harapan.Sekali-kali tidak,sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak yang mengelupaskan kulit kepala dan memanggil orang yang berpaling dari agama dan orang yang asyik mengumpulkan harta sehingga tidak menyahut seruan dakwah.


BERSAMBUNG..

Sunday, July 10, 2011

bidadari besi




komik ni boleh baca kat sini:

http://hlovatulis.blogdrive.com/archive/47.html

apa komen lepas baca??

Thursday, June 2, 2011

10 muwasofat


BERUSAHALAH UNTUK MEMENUHINYA..ALLAHUAKBAR!!