Wednesday, June 16, 2010

YA ALLAH


Ya Allah... dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah. Kami memohon kejayaan yang hakiki. Yakni kejayaan dari sisiMu.

Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini. Malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.

Sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami, janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu..

Sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami, maka Kau teguhkanlah hati kami. Moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu. Kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.

Ya Allah... telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain. Ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami. Moga Kau maafkan kealpaan kami. Telah juga kami berdoa, dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar. Dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu. Moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.

Sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami. Dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah. Maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus. Jalan yang membawa kebaikan kepada kami. Kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki. Tidak hanya dunia yang sementara. Tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.

Ya Allah... Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun. Dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul. Maka dengan itu,

Kau tunjukkanlah kami,

Kau bimbinglah kami,

Kau terangilah kami, jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.

Jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu. Dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan. Moga kami semua terus thabat dalam memperjuangkan agamaMu. Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu, dan di atas ketaatan kepadaMu, dan di atas jihad pada jalanMu.

Amin...amin...amin...

Amin ya Rabb Al- ‘Alamin...


SELAMAT DATANG REJAB…SYA’BAN …RAMADHAN

اللّهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya ALLAH berkatilah kami dalam bulan rejab dan sya’ban serta sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan..

Alhamdulillah ALLAH memanjangkan usia kita sehingga kita dapat sampai ke bulan rejab ini..semoga ALLAH memberi kita peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini,insya ALLAH..

Bulan rejab..bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan merupakan latihan agar kita sampai ke bulan ramadahan dalam keadaan bersedia.Bulan yang ALLAH muliakan dengan ISRA’MIKRAJ.Bulan dimana rasulullah diperintahkan untuk membawa turun perintah solat kepada umat islam.

Bulan sya’ban ..Bulan yang paling hampir dengan Ramadan dan perantaraan rejab dan Ramadhan.Bulan ini ALLAH muliakan dengan NISFU SYA’BAN..Dimana ALLAH memberi peluang kepada kita untuk meminta keampunan sebanyak-banyaknya kepada Nya.Tapi ingat,bukanlah bermakna hanya pada masa ini sahaja kita mesti memohon keampunan kepada ALLAH..

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”

Inilah peluang untuk kita membuat persediaan dan preparation sebelum memasuki madrasah ramadhan..makanya marilah sama-sama kita bina suasana hati kita agar nanti bila nanti tiba bulan ramadahan hati kita senang menyambutnya.,bagaimana mahu sediakan suasana itu?

Jom sama-sama kita buat:-

-banyakkan membaca fadhilat ramadhan dan apa keutamaannya.baca buku-buku motivasi tentang ramadhan contohnya”manajement ramadhan menuju ramadhan terindah,indahnya ramadhan di rumahku”.

-banyakkan puasa sunat dibulan rejab dan sya’ban ini

-lantunkan doa kerinduan diatas agar disampaikan kita kepada ramadhan.

-banyakkan tilawah agar di bulan ramadhan nanti kita dapat laksanakan dengan lebih baik lagi.

-biasakan solat sunat dan qiyammullail agar nanti kita lebih siap untuk beribadat lebih banyak di bulan ramadhan.

-cari peluang untuk hadiri majlis-majlis ilmu dan tazkirah agar hati kita lembut dan mudah dilentur.

-fahami fiqh puasa sebaiknya.

p/s:persediaan ini bukan sahaja untuk diri kita tapi motivasikanlah orang lain disekeliling kita agar semuanya dapat merasa nilai tarbiyah yang ingin ALLAH berikan kepada kita dalam bulan-bulan ini..amin