Thursday, December 16, 2010

nasihat untuk terus bangkit dalam tarbiyah

NASIHAT DAN TERUS BANGKIT DALAM TARBIYAH

Hari demi hari,masa terus berlalu

Membawa diri yang adakalanya masih terumbang ambing

Antara diam dan bergerak

Diam dan senyap tidak mencari peluang

Bergerak apabila ditanya dan diberi peluang

Semua inilah yang masih melingkariku dalam dunia dakwah dan tarbiyah

Tarbiyah masih tidak melebur,dakwah masih tidak bersungguh

Ibadah masih belum khusyuk.

Niat mahu berubah itu ada

Tapi diri masih mahu melayan nafsu

Tidak mahu keluar dari zon selesa

Tidak mahu berkorban

Tidak mahu mengerti

Sampai bila???

Sampai bila mahu begini??

kafilah dakwah terus berjalan

tidak kira kita berada bersamanya atau tidak

beruntunglah mereka yang masih di dalamnya

merugilah mereka yang tercicir

mahu rugi atau untung??

Tanya pada diri

Jika mahu untung

Cari kuncinya pembukanya

Kunci kebaikan dan sukses

Kata abu hudzaifah:

Ada 3 hal yang jika ketiganya ada dalam dirimu nescaya akan turun kebaikan dari langit dan kamu pasti mendapat bahagianya:

1-hendaklah amalanmu kerana ALLAH

2-sukailah doa yang menjadi milik orang lain seperti kamu suka kan doa itu untuk dirimu

3-jagalah kehalalan makananmu

Kuncinya lagi

Sedikit bicara

Kurangi omelan

Banyak bekerja dan beramal

Kurangi angan

Realitikan impian

Tadabur,tafakur dan renungi setiap yang berlaku

Jika mahu merugi

Ambillah jalan sekarang

Tidak mahu bertindak

Tidak mahu berkorban

Tidak mahu belajar

Tidak mahu mendengar nasihat orang

Tidak mahu mencuba,takut

Tidak mahu meninggalkan maksiat

Hingga akhirnya menjadi orang yang menyesal

Seperti kata ibnu muqaffa:

golongan yang bakal menyesal:

1-orang yang hilang kesempatan beramal

2-orang yang terputus dari saudara saat tertimpa musibah

3-orang yang berhasil menangkap musuh tapi lterlepas kerana lemah menjaganya

4-orang yang meninggalkan isteri solehah kerana diuji dengan wanita yang buruk

5-orang yang terus berbuat masiat hingga ajal datang menjemput

Aduh ya ALLAH

Hambamu ini masih lalai

Masih banyak bermain

Masih rasa jauh dari ibadah yang betul betul khusyuk

Masih tidak pandai bertafakur

Masih tidak mampu melawan nafsu

Masih banyak terlena

Masih lemah ilmunya

Ya ALLAH

Aku mohon padamu ya ALLAH

Aku mahu terus berada dalam kafilah dakwah ini

Aku mahu menjadi seorang dai

Aku mahu menjadi seorang yang bermanfaat pada agama

Pada masyarakat islam

Aku mahu menjadi mujahidah

Aku mahu menjadi anak yang solehah

Aku mahu menjadi kakak yang baik

Aku mahu menjadi sahabat yang solehah

Aku mahu menjadi hamba yang diredhaimu

Ya ALLAH

Dengarlah rintihan hatiku ini

Aku lemah,aku dhoif aku zalim pada diriku sendiri

Ya ALLAH

hanya engkaulah tempat aku bergantung harap

HANYA ENGKAU YA ALLAH

AMPUNI AKU YA ALLAH

BERILAH AKU KEKUATAN YA ALLAH

Sunday, October 17, 2010

pemuda itu…


Apabila disebut pemuda Islam yang bersemangat,maka akan terfikir satu sosok tubuh yang tegap yang tidak mudah mengalah dan sentiasa bersemangat.Itulah sikap pemuda Islam.Mahu sentiasa bersemangat dan mahu rasa bersungguh dalam usahanya,mahu segala amalannya diterima Allah.Mahu hidupnya dibawah lembayung rahmat Allah.Itulah pemuda Islam yang mahu menumpahkan segala hidupnya untuk dakwah Islamiyah.sentiasa meletakkan Allah ditempat utama.Apa jua ujian akan ditempuhi dengan tabah walau disiksa dan dicela,tapi dirinya tidak pernah mengeluh,dirinya terus tegak tidak mengalah.Baginya ujian itu ada kerana Allah mahu dirinya terus berada dalam jalan ini.ujian itu Allah beri kerana Allah sayang padanya.Semangat yang ada dalam dirinya disalurkan dengat keimanan dan ketaqwaan kepadaNya.

Tapi pemuda Islam yang loyo adalah pemuda yang rugi.Dia tidak sedar bahawa dirinya diciptakan untuk merasai umur muda ini agar dapat memberi menfaat pada Islam. Pemuda yang loyo hanya terus mahu merasa hidup dunia ini adalah segalanya. Baginya apa sahaja yang dunia aturkan diambilnya,digenggam bahkan mengatakan inilah destinasi hidupku.Aku belajar agar aku dapat melawan segala kesusahan dunia ini dan aku dapat menikmati apa yang diberi Allah di dunia ini.Ibadat hanya sekadar amalan zahir,tidak meresap dalam hati.maksiat yang dunia hidangkan diambil dan dihirup tanpa rasa berdosa.

Pemuda Islam yang separa semangat dan separa loyo.mereka ini kadang mengerti hidup dunia ini untuk akhirat,tapi dalam masa yang sama mahu mengaut keuntungan dunia.Apa yang disediakan dunia diambil.Namun apabila bersama mereka yang bersemangat,mereka juga bersemangat,apabila bersama mereka yang loyo,loyolah mereka.Amalan dibuat kerana merasakan bahawa inilah tanggungjawab sebagai hamba,tapi jika diberi pilihan antar dunia dan ibadat,hal dunia masih didahulukan.Aduh sangat susah untuk melarikan dari dunia ini.

Lebih-lebih lagi dengan nikmat dunia yang semakin hari semakin menarik.Walau kita tahu dunia semakin tua,tapi ia semakin cantik dan mengkhayalkan..

Bagaimana aku mahu menjadi mereka yang bersemangat?bagaimana aku mahu menjadi pemuda yang benar-benar mempunyai tujuan hidup.Yang belajar benar-benar kerana Allah?Mahu memberi kontribusi pada Agama,aduh!!!!…

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada ma’ruf.mencegah daripada perkara mungkar dan beriman kepada allah..(2:110)

Wednesday, June 16, 2010

YA ALLAH


Ya Allah... dengan kebesaranMu yang di bawa bersama kalimah basmallah. Kami memohon kejayaan yang hakiki. Yakni kejayaan dari sisiMu.

Sesungguhnya, Engkau lebih mengetahui erti kejayaan dari diri kami yang kerdil ini. Malah, telah Kau tetapkan segalanya yang terbaik untuk kami.

Sekiranya kejayaan dalam peperiksaan kali ini merupakan sebahagian dari rezeki kami, janganlah dengan kejayaan itu, ia menjauhkan kami dariMu..

Sekiranya kegagalan dalam peperiksaan ini merupakan satu ujian untuk kami, maka Kau teguhkanlah hati kami. Moga dengan kegagalan itu, kami lebih dekat denganMu. Kerana tidak ada yang lebih mengetahui sesuatu melainkan Engkau.

Ya Allah... telah kami berusaha, namun mungkin segala usaha kami tidaklah sehebat sesetengah dari kami yang lain. Ada tikanya kami terlalai dari tanggungjawab kami. Moga Kau maafkan kealpaan kami. Telah juga kami berdoa, dan Engkau jualah Yang Maha Mendengar. Dan akhirnya kami bertawakal kepadaMu. Moga pilihan kami sentiasa merupakan pilihan terbaik buat diri kami.

Sesungguhnya telah Kau bentangkan dua jalan untuk kami. Dan tiada yang ketiga, tiada juga yang di tengah. Maka Kau tetapkanlah hati ini untuk sentiasa memilih jalan yang lurus. Jalan yang membawa kebaikan kepada kami. Kebaikan dalam erti kata kejayaan hakiki. Tidak hanya dunia yang sementara. Tetapi akhirat yang selamanya itu yang lebih utama.

Ya Allah... Kau tidak pernah menzalimi hambaMu walau seberat zarah sekalipun. Dan tidak pernah Kau bebankan hambaMu dengan bebanan yang tidak dapat hambaMu pikul. Maka dengan itu,

Kau tunjukkanlah kami,

Kau bimbinglah kami,

Kau terangilah kami, jalan-jalan untuk kami menuju ke syurgaMu.

Jadikanlah kejayaan dalam peperiksaan kali ini satu batu loncatan buat kami menegakkan agamaMu. Dan janganlah Kau lalaikan kami dengan kejayaan itu, setelah kami diberikan kejayaan. Moga kami semua terus thabat dalam memperjuangkan agamaMu. Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu, dan di atas ketaatan kepadaMu, dan di atas jihad pada jalanMu.

Amin...amin...amin...

Amin ya Rabb Al- ‘Alamin...


SELAMAT DATANG REJAB…SYA’BAN …RAMADHAN

اللّهم باركلنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Ya ALLAH berkatilah kami dalam bulan rejab dan sya’ban serta sampaikanlah kami hingga bulan ramadhan..

Alhamdulillah ALLAH memanjangkan usia kita sehingga kita dapat sampai ke bulan rejab ini..semoga ALLAH memberi kita peluang untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini,insya ALLAH..

Bulan rejab..bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat dan merupakan latihan agar kita sampai ke bulan ramadahan dalam keadaan bersedia.Bulan yang ALLAH muliakan dengan ISRA’MIKRAJ.Bulan dimana rasulullah diperintahkan untuk membawa turun perintah solat kepada umat islam.

Bulan sya’ban ..Bulan yang paling hampir dengan Ramadan dan perantaraan rejab dan Ramadhan.Bulan ini ALLAH muliakan dengan NISFU SYA’BAN..Dimana ALLAH memberi peluang kepada kita untuk meminta keampunan sebanyak-banyaknya kepada Nya.Tapi ingat,bukanlah bermakna hanya pada masa ini sahaja kita mesti memohon keampunan kepada ALLAH..

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”

Inilah peluang untuk kita membuat persediaan dan preparation sebelum memasuki madrasah ramadhan..makanya marilah sama-sama kita bina suasana hati kita agar nanti bila nanti tiba bulan ramadahan hati kita senang menyambutnya.,bagaimana mahu sediakan suasana itu?

Jom sama-sama kita buat:-

-banyakkan membaca fadhilat ramadhan dan apa keutamaannya.baca buku-buku motivasi tentang ramadhan contohnya”manajement ramadhan menuju ramadhan terindah,indahnya ramadhan di rumahku”.

-banyakkan puasa sunat dibulan rejab dan sya’ban ini

-lantunkan doa kerinduan diatas agar disampaikan kita kepada ramadhan.

-banyakkan tilawah agar di bulan ramadhan nanti kita dapat laksanakan dengan lebih baik lagi.

-biasakan solat sunat dan qiyammullail agar nanti kita lebih siap untuk beribadat lebih banyak di bulan ramadhan.

-cari peluang untuk hadiri majlis-majlis ilmu dan tazkirah agar hati kita lembut dan mudah dilentur.

-fahami fiqh puasa sebaiknya.

p/s:persediaan ini bukan sahaja untuk diri kita tapi motivasikanlah orang lain disekeliling kita agar semuanya dapat merasa nilai tarbiyah yang ingin ALLAH berikan kepada kita dalam bulan-bulan ini..amin

Tuesday, May 11, 2010

HARI-HARI PENTING DI BULAN MEI


salam ukhuwah fillah..
Bulan Mei,adalah bulan yang mempunyai banyak hari-hari yang signifikan bagi ramai orang dan ia memberi pelbagai maksud tertentu.

1 Mei adalah hari buruh dan dan ia adalah hari keramat bagi pejuang hak pekerja.

8 atau 9 Mei adalah hari ibu,dan kebetulannya hari lahir adik dan mak pada tarikh tersebut.

12 mei adalah hari lahir adik ke 4.

13 mei adalah tarikh keramat bagi satu tragedi di Malaysia.Tragedi 13 Mei.

16 Mei hari guru.hari meraikan jasa guru-guru.tapi bagi guru sebenarnya bukan hari ini yang ditunggu untuk mengharapkan pelajarnya membalas jasanya.Tapi jika pelajar itu mengamalkan apaa yang dipelajarinya serta masih ingat padanya itu lebih dihargainya.betul tak cikgu=)

NAMUN..

15 Mei pula merupakan hari yang hitam yang yang mana penduduk palestn tidak mahu lagi mengingati saat tersebut. Ianya merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah manusia moden yang telah merubah peta dan juga lanskap politik dunia. Ia juga merupakan tarikh yang menandakan dunia tidak lagi akan menjadi tempat yang aman untuk dihuni oleh spesis manusia. Itulah tarikh tertubuhnya sebuah negara haram bernama Israel di atas sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Palestin dan sebuah wilayah di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah Turki.
inilah tarikh yang paling penting,hari nakbah pertama,apabila penduduk palestin diusir dan yahudi berpindah ke sana secara besar-besaran.

AYUH KITA DOAKAN SEMOGA PALESTIN AKAN DIBEBASKAN DAN PALESTIN TERUS BERADA DIGENGAMAN ISLAM..
LONG LIFE PALESTINE!

ADAB DAN TUGAS PELAJAR SEPERTI SAYA

salam ukhuwah fillah...

Benarlah jika dikatakan apa yang kita baca,jika tidak dikeluarkan ianya hanya berperap di dalam akal tanpa mampu berbuat apa-apa.Sejak akhir-akhir ini saya rasa apa yang saya baca, patut untuk saya catat dan buat review kembali..

Hari ini bacaan tentang tazkiyatunnafs..kenapa? saya nak baiki diri saya..saya nak cuba cari di mana patut saya ubah agar saya bukanlah orang yang mendapat kemurkaan Allah..waiya zabillah..memang syaitan itu tugasnya untuk mengoda kita dan menghasut kita agar menyimpang dari jalan Allah. tapi kita diberikan ALLAH hati dan akal yang perlu kita jaga agar kita tak tergoda dengan apa yang syaitan godakan.dan kita diberi iman serta hidayah dari Allah agar kita tidak lari dari rahmatnya.Allah juga mengutuskan rasul agar kita mengikut apa yang diperintahkan olehNyadan menhauhi laranganNya.Allah juga memberikan kita kitab sebagai petunjuk agar terus berada dijalan yang lurus..kemudian dari situ Allah mengajar kita agar beramal dengan apa yang disuruhnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya..

Wah,kalau diterangkan satu persatu,semua ini tidak akan habis disini ..kerana inilah sebenarnya antara ilmu Allah.Segala yang Allah letakkan di dalam dunia ini agat kita mengenalnya sebagai pencipta kita,sebagai penguasa pada diri kita..Ilmu yang tak akan pernah habis walaupun menggunakan seluruh air laut sebagai tinta untuk menulis ilmu itu..

Terfikir tentang tugas saya sebagai pelajar..apa yang patut saya lakukan sebagai pelajar? Adakah hanya belajar dan terus belajar?tanpa mengetahui apa yang saya belajar dan tak memahami apa yang dipelajari? Jadi apa guna saya jadi pelajar kalau tak memahami dan tak dapat mengamalkan apa yang dipelajari:

Terbaca dalam buku tazkiyatunnafs said hawwa tentang 10 tugas dan adab kita sebagai pelajar.jom koreksi diri kita dengan tugas-tugas ini:

1-ilmu adalah ibadah hati,jadi untuk mudah memahami ilmu kita perlu kepada penyucian jiwa dari segala sifat yang hina.bagaimana nak sucikan jiwa? Banyakkan ibadah dan dekatkan diri dengan Allah.jangan riya’dengan ilmu baru,riya’ kerana dapat belajar agama padahal tak amalkan pun apa yang dipelajari,bila ditanya tak dapat menjawab.jauhkan sikap ragu-ragu.

2-tidak sibuk dengan urusan dunia,kurangkan ikatan dengan dunia.semasa belajar jangan fikirkan apa aku nak jadi nanti,nak makan apa lepas ni,aku dapat tak ini itu..semualah.aku mesti dapat A punya ,tanpa fikir bahawa bila fikiran kita dah bercabang dan menjadikan belajar itu hanya satu cabang kecil dari semua cabang kehendak dunia,makanya ia seolah-olah sungai yang kecil dan airnya terpancar,sebahagian kering ,sebahagian ditiup angin,sebahagian ditakuk lama sehingga tak sampai ke ladang yang sepatuutnya menerima air itu.Maksudnya ilmu itu akan hilang tanpa sempat diguna pakai dan jadi saksi pada kita nanti bahawa kita pernah belajar mengenainya.

3-nak belajar dengan guru atau lecturer,jadi jangan sombong dengan mereka.hormati mereka,tawaduk dengan mereka,kerana ditangannyalah ada hikmah..dan hikmah itu boleh dipungut dari sesiapa sahaja bukan hanya orang besar dan ulama besar,mungkin juga ia ada pada orang biasa yang luar biasa..ilmu itu tak mau duduk dengan orang yang sombong sebagaimana banjir enggan terhadap tempat tinggi.

bersambung...