Tuesday, July 19, 2011

surah Al-Maa'rij (2)

Sambungan..



Bahagian kedua:manusia dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan(19-35)
Setelah ALLAH menceritakan pemandangan hari kiamat dan segala azabnya,dilukiskan pula hakikat jiwa manusia dalam menyikapi kesusahan dan kebaikan yang dihadapinya dan di mana tempat kembali orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
3 ayat pendek yang menggambarkan sifat manusia dengan tepat.Manusia itu bersifat keluh kesah lagi kikir.Mereka mengira bahawa kesusahan itu bersifat kekal dan tiada yang dapat menghalangnya.Mereka juga mengira bahawa masa yang akan datang juga adalah kesusahan bagi mereka,hingga menyebabkan mereka dimakan oleh kesedihan dan dirobek oleh keluh kesah kerana tidak menggantungkan segala harapannya kepada ALLAH.
Manakala sifat kikir datang apabila mereka mendapat kesenangan.Mereka mengira kesenangan dan kebaikan itu datang dari hasil usaha dan jerit perih mereka sendiri.Itulah yang menyebabkan mereka menjadi tawanan kepada kekayaannya, hati mereka terputus hubungan dengan ALLAH dan kosong dari campur tangan ALLAH.INILAH GAMBARAN BAGI JIWA YANG KOSONG DARI IMAN.Hati mereka mudah goyah, terumbang ambing dan sentiasa rasa takut dan terancam.
Adapun apabila hati disemarakkan dengan iman,maka hati akan tenang dan sihat.Sentiasa tenteram terhadap kekuasaanNYA,merasa rahmatNYA,dan mampu menghadapi ujian yang diberikan kepadanya.ALLAH menggambarkan sifat orang mukmin yang dikecualikan dari dua sifat tadi.Iaitu :
1-Mereka yang mengerjakan solat dan tetap mengerjakan solat.Solat yang dimaksudkan di sini adalah solat yang tidak pernah ditinggalkan,dan bererti mereka yang terus menerus berhubungan dengan ALLAH.
2-Mereka yang menyediakan bahagian tertentu dari hartanya untuk orang lain.Yang dimaksudkan disini adalah zakat dan sedekah.Mereka merasakan dalam harta mereka ada hak orang-orang miskin.Inilah kewajipan mereka yang mampu terhadap mereka yang tidak mampu.Inilah satu kurnia ALLAH pada satu sisi dan unsur perikemanusiaan pada satu sisi lain.
3-Orang yang mepercayai hari pembalasan.Mereka ini akan beramal dengan pertimbangan dan perhitungan akhirat bukan perhitungan dunia.Mereka menerima segala peristiwa baik dan buruk di dunia ini sebagai pendahuluan yang kelak akan diperolehi di akhirat.
4-Mereka yang takut pada azab ALLAH.Ini adalah tingkatan kepercayaan kepada hari pembalasan.Iaitu rasa takut yang menggetarkan,penuh kewaspadaan dan kesedaran dan merasai kekurangan dirinya disisi ALLAH walaupun mereka ini paling banyak melakukan ibadah kepadaNYA. Ia takut sekiranya hati mereka berpaling dan mereka layak menerima azab.Dalam satu hadis rasulullah,Rasulullah menyatakan bahawa seseorang itu tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana amalnya,tapi kerana rahmat ALLAH.
5-Mereka yang memelihara kemaluannya kecuali kepada isterinya dan budaknya.inilah Satu gambaran islam menghendaki umat yang suci,bersih dan indah.masyarakat yang tahu keturunannya,kelahirannya tidak memalukan,.
6-Orang yang memelihara amanah dan janji.amanah ini adalah amanah yang diterima secara sukarela,inilah juga standart islam kepada umatnya supaya umat islam ini ditegakan diatas akhlak yang baik dan kepercayaan.
7-Orang yang memelihara solatnya.menunaikan solat pada waktunya,sesuai dengan fardhunya,memenuhi sunnahnya.
Mereka inilah yang akan mendapat balasan syurga dan dumuliakan di sana nanti.
Bahagian ketiga:gangguan kafir Mekah kepada Rasulullah s.a.w(ayat 36-41)


Diceritakan disini tentang pemandangan dakwah rasulullah di mekah.Di mana orang-orang kafir Quraisy begegas berkumpul menuju kepada Rasulullah ketika baginda sedang membaca alqur’an.ALLAH mengambarkan buruk kebergegasan mereka kerana mereka tiada keinginan untuk mendapat petunjuk.Kemudian mereka akan berkumpul sesama mereka untuk menyangkal apa yang mereka dengar.Mereka mengira mereka bahawa mereka agung disisi ALLAH dan akan masuk kesyurga ALLAH,padahal sekali-kali tidak malahan mereka dihantar ke neraka yang apinya menyala-nyala.ALLAH juga menghina mereka dengan mengungkapkan asal kejadian mereka dari air mani.Selanjutnya ALAH bersumpah BAHAWA Dia berkuasa menggantikan kaum itu dengan kaum yang lebih baik lagi yang tidak lemah dan tidak dapat dikalahkan.

Bahagian keempat:Mereka menghadapi risiko atas perbuatan mereka.(ayat 42-44)
Akhirnya ALLAH menggambarkan keadaan mereka diakhirat kelak.ALLAH menyatakan kepada Rasulullah agar membiarkan mereka menghadapi keadaan hari kiamat dan azab itu.Ayat ini menimbulkan rasa takut dan gerun mereka kepada ancaman yang dijanjikan kepada mereka.Mereka digambarkan keluar dari kubur dan bergegas menuju kepada berhala sembahan mereka sebagaimana keadaaan mereka didunia dahulu.Tetapi kali ini keadaan jauh berbeza.Dari raut wajah mereka jelas bagi kita satu gambaran keadaan manusia yang menderita dan hina.ITULAH HARI YANG DAHULUNYA DIANCAM KEPADA MEREKA,YANG MEREKA SELALU SANGSI DAN MEREKA MINTA DISEGERAKAKNYA.
Wallahua’lam.

Wednesday, July 13, 2011

surah Al-Maarij



Hari ini nak berkongsi satu ilmu,iaitu tadabur surah Al-Ma'arij.Ini adalah tugasan halaqah minggu ini,tadabur ini dikupas dari kitab tafsir fi zilalil qur'an.

Surah ini surah ke 70,juz 29,surah makkiyah,ada 44 ayat.

Hakikat pokok surah ini adalah:
1-hakikat akhirat dengan segala pembalasan yang ada di sana.
2-hakikat jiwa manusiapada waktu menghadapi kesusahan dan kesenangan(beza jiwa yang beriman dan yang kosong dari iman)
3-ciri-ciri jiwa yang beriman serta manhaj dalam berperilaku dan merasa.
4-kehinaan orang kafir dalam pandangan Allah
5-penghinaan yang diancam oleh ALLAH kepada mereka yang sombong.
6-perbezaan norma,nilai ukuran yang dibuat oleh ALLAH dan manusia.

Bahagian pertama surah: kondisi alam dan manusia ketika terjadinya kiamat serta penderitaan bagi orang yang banyak berbuat dosa.(1-18)
Surah ini menceritakan bahawa ada orang yang bertanya dan minta didatangkan azab,bahkan minta disegerakan.Padahal permintaan mereka itu adalah satu kesia-siaan kerana ia pasti terjadi dan tidak seorang pun yang akan dapat menegah kedatangan azab itu.Azab ini datangnya dari ALLAH yang mempunyai tempat naik.satu ungkapan yang menggambarkan ketinggian ALLAH.Malaikat Jibril dan para malaikat lain naik menghadap ALLAH dengan kadar 50000 tahun.Dan diisyaratkan di sini,waktu itu adalah hari kiamat.Satu pendapat mengatakan sehari yang kadarnya adalah 50000 tahun itu adalah tempoh hari kiamat.Wallua'lam.Mungkin juga ianya kadar tertentu bagi hitungan manusia.Akan tetapi,di sini ALLAH menyebut tentang hakikat DIA memandang waktu itu sangat dekat,walaupun manusia menganggapnya jauh.Sehari=50000 tahun.Jadinya ALLAH menyuruh rasulullah s.a.w bersabar dengan kesabaran yang baik di dalam menghadapi permintaan mereka yang tidak masuk akal itu.
Inilah juga seruan ALLAH kepada para dai'e agamaNYA supaya teguh dan redha,merasakan adanya hikmah disebalik setiap ujian,sentiasa bertaqarrub kepadaNYA dan mengharap pahala dari ALLAH atas segala yang berlaku.Pemilik dakwah ini adalah ALLAH dan segala yang berurusan dengan dakwah ini adalah dari ALLAH.maka apabila orang-orang yang tidak mengetahui menuntut supaya disegerakan kedatangan janjiNYA,SABARLAH dan YAKINLAH pada janji ALLAH.
Kemudian dilukiskan tentang gambaran hari kiamat dan azab yang berlaku pada hari itu.Pemandangan yang sarat dengan gambaran yang membingungkan,menakutkan,mengejutkan.
Pada hari itu,langit menjadi seperti luluhan minyak(mungkin seperti lava panas) dan gunung-ganang seperti bulu yang berterbangan.Manusia pada hari itu berada dalam kesedihan yang luar biasa,hingga tidak ada masa hendak memerhatikan orang lain.Suasana itu telah memutuskan semua hubungan, padahal mereka saling melihat keadaan mereka.seolah-olah mereka sengaja bersikap begitu.Ketakutan yang mereka hadapi membuatkan mereka merasakan seandainya dapat ditebus azab ini dengan orang lain walaupun dengan orang yang disayangi.Padahal ketika kehidupan di dunia dahulu,mereka sanggup mengorbankan diri untuk mereka yang disayangi.
Ketika para pendosa berhadapan dengan azab hari kiamat ini,mereka mendengar pula seruan pemutus harapan.Sekali-kali tidak,sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak yang mengelupaskan kulit kepala dan memanggil orang yang berpaling dari agama dan orang yang asyik mengumpulkan harta sehingga tidak menyahut seruan dakwah.


BERSAMBUNG..

Sunday, July 10, 2011

bidadari besi




komik ni boleh baca kat sini:

http://hlovatulis.blogdrive.com/archive/47.html

apa komen lepas baca??