Tuesday, July 19, 2011

surah Al-Maa'rij (2)

Sambungan..



Bahagian kedua:manusia dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan(19-35)
Setelah ALLAH menceritakan pemandangan hari kiamat dan segala azabnya,dilukiskan pula hakikat jiwa manusia dalam menyikapi kesusahan dan kebaikan yang dihadapinya dan di mana tempat kembali orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
3 ayat pendek yang menggambarkan sifat manusia dengan tepat.Manusia itu bersifat keluh kesah lagi kikir.Mereka mengira bahawa kesusahan itu bersifat kekal dan tiada yang dapat menghalangnya.Mereka juga mengira bahawa masa yang akan datang juga adalah kesusahan bagi mereka,hingga menyebabkan mereka dimakan oleh kesedihan dan dirobek oleh keluh kesah kerana tidak menggantungkan segala harapannya kepada ALLAH.
Manakala sifat kikir datang apabila mereka mendapat kesenangan.Mereka mengira kesenangan dan kebaikan itu datang dari hasil usaha dan jerit perih mereka sendiri.Itulah yang menyebabkan mereka menjadi tawanan kepada kekayaannya, hati mereka terputus hubungan dengan ALLAH dan kosong dari campur tangan ALLAH.INILAH GAMBARAN BAGI JIWA YANG KOSONG DARI IMAN.Hati mereka mudah goyah, terumbang ambing dan sentiasa rasa takut dan terancam.
Adapun apabila hati disemarakkan dengan iman,maka hati akan tenang dan sihat.Sentiasa tenteram terhadap kekuasaanNYA,merasa rahmatNYA,dan mampu menghadapi ujian yang diberikan kepadanya.ALLAH menggambarkan sifat orang mukmin yang dikecualikan dari dua sifat tadi.Iaitu :
1-Mereka yang mengerjakan solat dan tetap mengerjakan solat.Solat yang dimaksudkan di sini adalah solat yang tidak pernah ditinggalkan,dan bererti mereka yang terus menerus berhubungan dengan ALLAH.
2-Mereka yang menyediakan bahagian tertentu dari hartanya untuk orang lain.Yang dimaksudkan disini adalah zakat dan sedekah.Mereka merasakan dalam harta mereka ada hak orang-orang miskin.Inilah kewajipan mereka yang mampu terhadap mereka yang tidak mampu.Inilah satu kurnia ALLAH pada satu sisi dan unsur perikemanusiaan pada satu sisi lain.
3-Orang yang mepercayai hari pembalasan.Mereka ini akan beramal dengan pertimbangan dan perhitungan akhirat bukan perhitungan dunia.Mereka menerima segala peristiwa baik dan buruk di dunia ini sebagai pendahuluan yang kelak akan diperolehi di akhirat.
4-Mereka yang takut pada azab ALLAH.Ini adalah tingkatan kepercayaan kepada hari pembalasan.Iaitu rasa takut yang menggetarkan,penuh kewaspadaan dan kesedaran dan merasai kekurangan dirinya disisi ALLAH walaupun mereka ini paling banyak melakukan ibadah kepadaNYA. Ia takut sekiranya hati mereka berpaling dan mereka layak menerima azab.Dalam satu hadis rasulullah,Rasulullah menyatakan bahawa seseorang itu tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana amalnya,tapi kerana rahmat ALLAH.
5-Mereka yang memelihara kemaluannya kecuali kepada isterinya dan budaknya.inilah Satu gambaran islam menghendaki umat yang suci,bersih dan indah.masyarakat yang tahu keturunannya,kelahirannya tidak memalukan,.
6-Orang yang memelihara amanah dan janji.amanah ini adalah amanah yang diterima secara sukarela,inilah juga standart islam kepada umatnya supaya umat islam ini ditegakan diatas akhlak yang baik dan kepercayaan.
7-Orang yang memelihara solatnya.menunaikan solat pada waktunya,sesuai dengan fardhunya,memenuhi sunnahnya.
Mereka inilah yang akan mendapat balasan syurga dan dumuliakan di sana nanti.
Bahagian ketiga:gangguan kafir Mekah kepada Rasulullah s.a.w(ayat 36-41)


Diceritakan disini tentang pemandangan dakwah rasulullah di mekah.Di mana orang-orang kafir Quraisy begegas berkumpul menuju kepada Rasulullah ketika baginda sedang membaca alqur’an.ALLAH mengambarkan buruk kebergegasan mereka kerana mereka tiada keinginan untuk mendapat petunjuk.Kemudian mereka akan berkumpul sesama mereka untuk menyangkal apa yang mereka dengar.Mereka mengira mereka bahawa mereka agung disisi ALLAH dan akan masuk kesyurga ALLAH,padahal sekali-kali tidak malahan mereka dihantar ke neraka yang apinya menyala-nyala.ALLAH juga menghina mereka dengan mengungkapkan asal kejadian mereka dari air mani.Selanjutnya ALAH bersumpah BAHAWA Dia berkuasa menggantikan kaum itu dengan kaum yang lebih baik lagi yang tidak lemah dan tidak dapat dikalahkan.

Bahagian keempat:Mereka menghadapi risiko atas perbuatan mereka.(ayat 42-44)
Akhirnya ALLAH menggambarkan keadaan mereka diakhirat kelak.ALLAH menyatakan kepada Rasulullah agar membiarkan mereka menghadapi keadaan hari kiamat dan azab itu.Ayat ini menimbulkan rasa takut dan gerun mereka kepada ancaman yang dijanjikan kepada mereka.Mereka digambarkan keluar dari kubur dan bergegas menuju kepada berhala sembahan mereka sebagaimana keadaaan mereka didunia dahulu.Tetapi kali ini keadaan jauh berbeza.Dari raut wajah mereka jelas bagi kita satu gambaran keadaan manusia yang menderita dan hina.ITULAH HARI YANG DAHULUNYA DIANCAM KEPADA MEREKA,YANG MEREKA SELALU SANGSI DAN MEREKA MINTA DISEGERAKAKNYA.
Wallahua’lam.

No comments: