Thursday, May 19, 2011

selamat hari lahir dan selamat hari ibu,mak

Sudah hampir dua bulan,blog ini bersarang.
semoga hari ini menjadi pemangkin semangat aku untuk cuba menjadi seorang penulis.
cubalah dari yang kecil untukmenulis sesuatu yang besar-=)insya allah.
9 mei hari lahir ibuku,8 mei hari ibu,16 mei hari guru.
buat ibu yang telah melahirkan aku,menjadi guru pertamaku..
aku doakan mak dalam kebahagiaan,
mak,
seorang ibu yang penyayang,yang mampu mendidik 9 orang anaknya,
tidak pernah membezakan kasih sayang antara kami,hinggakan kami tidak merasa cemburu dengan kasih sayang yang mak berikan..
mak,
hatinya penuh kelembutan.
seorang anak dan menantu yang sanggup menjaga ibu dan mentuanya ketika mereka sakit,
malahan sejak kecil lagi,mak telah menjaga orang tua.
semoga aku dan adik beradikku yang ain nanti akan mampu menjaga mak dan ayah sehingga ke hari tuanya.amin..
mak,
aku lihat tidak pernah ada yang terasa dengannya..
orang tua,kanak-kanak malahan remaja mampu mendekatinya..
semoga aku dapat mengambil contoh darihal ini.
mak,
TERIMA KASIH ATAS KASIH SAYANG YANG DICURAHKAN,TERIMA KASIH ATAS KERINGAT YANG DIKELUARKAN UNTUK MEMBESARKAN ANAK-ANAKMU INI,TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA,
YA ALLAH,
AKU MAHU MENJADI ANAK YANG SOLEH,ANAK YANG MEMBERIKAN IBUKU SYAFAAT DI AKHIRAT KELAK.AMIN..

No comments: